KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM
Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kita memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.
Disebabkan kekaburan maklumat yang diterima, ada di kalangan masyarakat yang menganggap sains dan teknologi sebagai suatu yang asing dari Islam.
MAKSUD SAINS ISLAM
- Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah- kaedah tertentu.Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)
- Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
- Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.
- Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
- Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.
- Gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam Islam.
PERANAN SAINS ISLAM
- Membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta
- Membantu manusia memahami persoalan Tauhid.
- Menegakkan hakikat kebenaran
- Membawa manusia bersifat tafakkur
- Membantu manusia memenuhi keperluan material
- Membantu dalam perlaksanaan syariat
- Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al Quran dan As Sunnah
- Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan.
- Memudahkan kehidupan manusia
DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31). Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
Antara tujuan utamanya ialah:
- Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.
- Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
- Meningkatkan produktiviti
- Menjimatkan masa
RUMUSAN
- Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah.
- Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
- Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.