KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM




Sains dan teknologi berkait rapat dengan aspek-aspek ajaran Islam yang murni.Sebagai agama ‘tauhid’, Islam tidak mengizinkan kita memisahkan kehidupan manusia termasuk sains dan teknologi dari dasar-dasar dan prinsip-prinsipnya.

Disebabkan kekaburan maklumat yang diterima, ada di kalangan masyarakat yang menganggap sains dan teknologi sebagai suatu yang asing dari Islam.

MAKSUD SAINS ISLAM

  • Ia adalah suatu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah- kaedah tertentu.Ia dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.(Kamus Dewan, 1986:1009)

  • Sains itu merupakan suatu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran disebabkan pertanyaan manusia terhadap asal usul dan tujuan kewujudan sesuatu di alam semesta ini.
  • Kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak ialah melalui kajian emperikal, dan  pengumpulan data-datanya pula adalah melalui pancaindera serta pemikiran manusia sahaja.
  • Sains Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan unsur fizik dan metafizik.
  •  Gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu.

  • Gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya ia selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam Islam.

PERANAN SAINS ISLAM

  • Membantu manusia mengenali Allah sebagai pencipta
  • Membantu manusia memahami persoalan Tauhid.
  • Menegakkan hakikat kebenaran
  • Membawa manusia bersifat tafakkur
  • Membantu manusia memenuhi keperluan material
  • Membantu dalam perlaksanaan syariat
  • Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Al Quran dan As Sunnah
  • Memenuhi keperluan manusia kepada konsep keindahan.
  • Memudahkan kehidupan manusia 

DEFINISI TEKNOLOGI

Teknologi ialah penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali.(Galbraith,1978:31). Teknologi adalah sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

Antara tujuan utamanya ialah:
  • Untuk memudahkan sesuatu proses kerja.
  • Memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan
  • Meningkatkan produktiviti
  • Menjimatkan masa

RUMUSAN

  1. Islam hanya menerima bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah.
  2. Islam menolak teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal.
  3. Ia ditentukan berdasarkan kepada etika dan prinsip-prinsip dasar Islam.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    APA ITU SAINS?

    '''Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.


    Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

    Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.

    Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.

    Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

    sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS